Thursday, 11 December 2014

Kota Tarim , Hadramaut Yaman. .

Assalamualaikum sahabat semua..
Okay, hari ni ana nak kongsi gambar-gambar Kota Tarim, Yaman. .
Pandanglah bumi Tarim dengan hati ye sayang-sayang semua. .

 Suasana pada waktu malam. .Subhanaallah sangat indah. .








Semoga nama kita diseru oleh bumi Tarim, Hadramaut Yaman untuk mang penuh menjejak kaki di  bumi yang penuh barakah. .aamiin. .insyaAllah. .

Wednesday, 10 December 2014

Bidadari Dunia






Gambar Hiasan


Bidadari di dunia itu tidak bersayap. .tetapi mereka amat sempurna dalam berhijab. .






Sunday, 7 December 2014

Bumi Tarim Tercinta

Kerana tawadhu'nya seorang guru sehinggakan pelajar baru tidak dapat membezakan antara guru dan anak murid. .Allah Allah Allah. .itulah sifat wanita tarim. .

Diri ini sudah jatuh cinta dan rindu pada bumi tarim. .baru sahaja mengenali bumi tarim , masyaallah sudah ada perasaan cinta dan rindu untuk ke sana bumi tarim , Allahu Allah. .sebak rase hati ni. .rase seperti ingin menangis untuk pergi bumi taim. .

hati meronta-ronta mahu menjejaki ke bumi tarim. .subhanaallah. .Bumi yang didoakan oleh Rasulullah SAW. .Semoga nama kita tercatat untu menjejaki kaki di bumi tarim dan dapat bersama dengan wali-wali Allah dan pelajar Dar Zahra'. .aamiin. ..Allahuakhbar. .

Terima kaseh buat group Tarim Fi Qalbi II kerana banyak bercerita mengenai bumi Tarim. .Allah. .

Saturday, 6 December 2014

Akhlaq Wanita TARIM



"Akhlaq wanita TARIM."

Dalam menelusuri kota Tarim, Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya
Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq.

Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasihsayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur.
Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.
Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim.
Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.

Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.

Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan.
Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah.

Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya.

Sesiapa yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku berjudul Bidadari Bumi :

Jatuh Cinta. .




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. .

Sungguh aku rindu Bumi Tarim. .aku jatuh cinta dengan Bumi Tarim , bumi yang penuh dengan barakah. .adanya ulamak-ulamak yang hebat. .Allahu Allah. .ingin aku mengenalimu dengan lebih dekat dan  pijak dibumi Tarim walaupun sekejap. .aku tahu aku bukan pelajar aliran agama. .aku hanya pelajar aliran biase. .tapi sungguh , hati ni bergetar untuk pergi ke bumi Tarim yang tercinta. .ingin sekali untuk menuntut ilmu di sana bersama para ulamak , habib. .subhanaallah. .isnyaAllah. .

Dar Zahra' Tarim , Hadramaut Yaman. .
Tunngu aku datang dengan izin Allah SWT. .
Mohon doa dari Sahabat Fillah semua. .InsyaAllah

Wednesday, 22 October 2014

Wanita Syurga , Bidadari Dunia. .



Wanita diri mu begitu cantik , kenape begitu cantik. .sebab Allah ciptakan kamu cantik semua. .kamu itu perhiasan dunia. .bersyukurlah kalian , para bidadari mencemburui kalian semua , kerana kesolehan kamu didunia. .Allahu Allah , jadilah kalian wanita solehah di dunia dan di akhirat. .sungguh tinggi darjat kalian di sisi Allah dan Rasul. .Allah menjaga kalian. .Allah sayang kepada mu , dan Rasulullah kasih kepada mu. .beruntungnya kamu wanita. .tutup lah apa yang patut kamu tutup , ingatlah apa yang Allah perintahkan. .setiap suruhan Allah itu ade kebaikannya. .supaya kalian dikenal wanita yang baik-baik belaka dan supaya kalian tidak diganggu oleh ajnabi. .sayang-sayang semua , menutup aurat itu perintah daripada Allah dan Rasulullah , sanggupkah kite melawan perintah Allah ? kite ni hina disisi Allah. .cuba kite renungkan balik. .baliklah kepada jalan yang lurus , ana sayang ukhti-ukhti kerana Allah , ana nak berjiran dengan ukhti-ukhti di syurga Allah , subhanaallah Allahuakbar. .
contengan dari Hamba Allah. .
GadisMerahJambu. .